IBU adalah wanita yang dimuliakan oleh Allah sebagaimana yang
tercatat dalam kitab suci al-Quran. Berdasarkan sebuah hadis, umat
manusia percaya, syurga itu di bawah telapak kaki ibu. Amat besar dosa
derhaka terhadap ibu. Bahkan dikatakan darjat ibu tiga kali ganda jika
dibandingkan dengan ayah dalam hal penghormatan anak kepada kedua orang
tuanya.
Abu Hurairah radhiallahu 'anh berkata:
Seorang lelaki datang menemui Rasulullah SAW dan bertanya:
Abu Hurairah radhiallahu 'anh berkata:
Seorang lelaki datang menemui Rasulullah SAW dan bertanya:
“Siapakah manusia yang
paling berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya?”
Baginda
menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda
menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda
menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda
menjawab: “Ayah kamu.”
Seorang sahabat bernama Jahimah radhiallahu 'anh datang
menemui Rasulullah SAW meminta
pandangan baginda untuk dia ikut serta dalam ekspedisi Jihad.
Rasulullah bertanya: “Adakah kamu masih mempunyai ibu?”
Jahimah
menjawab: “Ya.”
Lalu Rasulullah bersabda:
“Tinggallah bersamanya kerana sesungguhnya syurga terletak di bawah
tapak kakinya.”
Di antara ibu dan ayah, ibulah yang lebih berhak untuk menerima perhatian daripada seorang anak. Tidak sekadar itu, ibu memiliki hak tiga kali ganda lebih besar daripada seorang ayah sepertimana terbukti melalui hadis di atas. Syurga juga terletak di bawah kaki ibu, sebagaimana yang dijelaskan dalam hadis kedua di atas. Selain itu Allah Subhanahu wa Ta‘ala juga telah mengkhususkan beberapa ayat-Nya di dalam al-Qur’an untuk ibu. Ini tidak lain menunjukkan betapa besar dan mulia kedudukan ibu di sisi Allah dalam peranannya melahirkan anak dan membesarkannya. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya;
ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi
kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh
menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang
demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah),
kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).
[Luqman 31:14]
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya;
ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah
melahirkannya dengan menanggung susah payah.
[al-Ahqaf 46:15]
Kami Tim Admin Akusayangibu.com mengucapkan
Selamat Hari Ibu untuk semua yang sudah bergelar ibu.
Sesungguhnya jasa dan pengorbananmu sangat besar dan tak ternilai harganya..
linkSelamat Hari Ibu untuk semua yang sudah bergelar ibu.
Sesungguhnya jasa dan pengorbananmu sangat besar dan tak ternilai harganya..
Puisi Untuk Ibu
Pernah aku ditegur
Katanya untuk kebaikan
Pernah aku dimarah
Katanya membaiki kelemahan
Pernah aku diminta membantu
Katanya supaya aku pandai
Ibu…..
Pernah aku merajuk
Katanya aku manja
Pernah aku melawan
Katanya aku degil
Pernah aku menangis
Katanya aku lemah
Ibu…..
Setiap kali aku tersilap
Dia hukum aku dengan nasihat
Setiap kali aku kecewa
Dia bangun di malam sepi lalu bermunajat
Setiap kali aku dalam kesakitan
Dia ubati dengan penawar dan semangat
Dan Bila aku mencapai kejayaan
Dia kata bersyukurlah pada Tuhan
Ibu….
Aku sayang padamu…..
Tuhanku….
Aku bermohon padaMu
Sejahterakanlah dia Selamanya…..
Berikan umur panjang....
Amin....
link
Salam,
Admin Aku Sayang Ibu
Web: http://www.akusayangibu.com
Twitter: @twit_ibu
Facebook: https://www.facebook.com/Cinta.Kasih.Seorang.Ibu